Sunday, 22 January 2012
Hatinya
Bila kita berkawan kita kena betul-betul ikhlas sebab kalau kita tak ikhlas berkawn macam-macam boleh terjadi.Macam aku.Aku selalu bergaduh dengan dia dan dia yang selalu mulakan pertengkaran.Dia bergaduh dengan aku mengalahkan dia gaduh dengan buah hati dia.Aku tak pernah dapat atau jumpa kawan yang macam ni.Walaupun kitorang selalu bergaduh lepastu minta maaf balik aku tetap tak suka kalau kitorang bergaduh semula.Bila aku tanya apa salah aku dia diam je.Dia ingat aku ni kuli dia ke?
Dia pernah cakap dengan aku yang dia bukan kawan yang baik dan dia suruh aku tinggalkan dia dan cari kawan lain.Walaupun aku jumpa kawan yang lebih baik daripada dia, tak ada seorang pun yang boleh ganti tempat dia.Tak ada yang sama seperti dia lagi.Aku harap dia faham perasaan aku.Aku tak minta dia belikan coklat tiap-tiap hari macam orang lain tapi cukuplah dia hargai aku sebagai kawan dia.
"Ya Allah, Kau lembutkanlah hatinya sebagaimana Engkau lembutkan besi di tangan nabi Daud"
Ameen Ya Rabb...
P/s : Hatinya hanya Allah sahaja yang mengetahui
Saturday, 21 January 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)

