Thursday, 26 July 2012

Ramadhan Mubarak :)

Posted by Nurul Hazwani at 08:13 0 comments
Assalamualaikum and gud nite ols...so, how about your ramadhan? ramadhan aku kali ni alhamdulillah INDAH :) walaupun ade sedikit kesulitan tapi takpo lah kan .. tu la namanya asam garam kehidupan ^_^ selamat menjalani ibadah puasa dengan jayanya kepada seluruh umat Islam di atas muka bumi ni .. kepada yang berazam untuk tak miss solat SUNAT tarawih walaupun sekali aku ade sedikit nasihat untuk korang .. utamakan yang wajib dahulu baru lah yang sunat :) kay. sebelum tido jangan lupe bace niat n lewatkan waktu bersahur :) . maafkan aku kalau aku ade buat salah dengan korang dan doakan kesihatan aku sepanjang trial pmr .. dan doakan aku boleh bagi kejayaan untuk parents aku .. assalam

Wednesday, 25 July 2012

She... :)

Posted by Nurul Hazwani at 08:08 0 comments
Assalam korang.Kay, malam ni aku ade something nak share dengan korang.Ape yang aku nak kongsikan ni bukanlah sesuatu yang istimewa buat korang tapi bagi aku it so SPECIAL =P. actually aku nak citer pasal kawan aku atau lebih tetap lagi sahabat :)


Dia umpama bunga yang sekuntum. aku manusia yang kesunyian pergi mencari sesuatu yang boleh buat hatiku rasa bahagia dan aku menjumpai nya.aku memetik nya bunga yang hanya sekuntum dan ku bawanya pulang.aku simpan bunga itu dalam sebuah pasu...


Setiap hari aku halakan nya ke tingkap.aku biarkan dia meraih matahari lalu ia berikan aku juga matahari. aku beri dia sinar lalu dia 'transfer' kan semula sinar itu padaku.

Dia...

ialah bunga yang aku maksudkan.Nik Aisyah Sufia nama diberi.gambar ni di capture pada malam 'Jasamu Dikenang' untuk ustazah kitorg yang dipindahkan ke tempat lain.pada malam ni juga jadi saksi aku menangis dalam pelukannya mengenangkan ukhuwah yang terbina dengan pelbagai dugaan dan cabaran.Demi Allah,aku sayang hubungan ni.tiada pilihan kedua..pertama hingga akhir usia hanya dia...Dialah dihati :)

======================================================
wahhh, gramatis tak ayat aku??? hahaha...sangat2 xboleh blah tapi semua ayat tu asalnya dari hati aku...hehehe, selamat malam semua...Assalamualaikum =D

Real & Fake Friend =D

Posted by Nurul Hazwani at 06:57 0 comments

So touched...

Thursday, 19 July 2012

Untuk Peminat Rahsiaku

Posted by Nurul Hazwani at 07:59 0 comments
Assalamualaikum awak,

Ketika awak membaca post ini ketahuilah bahawa saya sudah mengetahui semua isi hati awak.Saya ni bukanlah sesiapa hanya seorang hamba yang menanti waktu untuk mendapat habuan atas apa yang telah saya lakukan di atas muka bumi ini.

Untuk awak sang 'peminat rahsia' ku,
Ketahuilah ketika awak sedang membaca post ini saya sebenarnya sedang memikirkan cara untuk menghindari daripada berselisih dengan awak sebab saya takut bila kita selalu berselisih awak akan selalu ingatkan saya sehingga awak tidak mahu melakukan ibadah wajib.Sebab saya taknak jadi perosak iman awak.

Untuk awak sang 'peminat rahsia' ku,
Saya tahu setiap hari awak menantikan kiriman SMS dan panggilan telefon daripada saya.Setiap hari awak ingin bertemu dengan saya.Jujur saya katakan memang saya malas nak sms,call dan bertemu dengan awak sebab saya taknak awak lalai.

Untuk awak sang 'peminat rahsia' ku,
Bagi saya awak terlalu sempurna untuk saya.Awak terlalu baik untuk saya.Saya bukanlah seperti apa yang awak sangkakan tapi saya akan cuba jadi yang terbaik.

Untuk awak sang 'peminat rahsia' ku,
Kalau benar awak amat menyayangi saya so saya harap awak diamkan perasaan awak walaupun apepun yang terjadi.Kalau benar awak cintakan saya NIKAHI lah saya.Jadikanlah saya makmum dibelakang awak, orang yang akan sentiasa menenangkan apabila awak lihat wajah saya

NH~

Friday, 6 July 2012

Diammu

Posted by Nurul Hazwani at 01:01 0 comments
Assalam and gud evening ols !! i just wanna share something with you :)


Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

Karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

#Sebutir Kasih Sejuta Sayang

Monday, 2 July 2012

Our Team work

Posted by Nurul Hazwani at 07:54 0 comments
Assalam and gud nite ols.Dah dinner? aku skip dinner malam ni :P

Finally,'peminat rahsia' aku datang rumah n tegur ibu aku *wooohooo* ibu jer ayah keje :D.Dialah 'peminat rahsia' aku yang paling cool babe.Tak pernah lagi sorang pun kawan lelaki aku yang pernah masuk rumah n tegur ibu aku memang masyaAllah cool gile lar kan? hehehe.

Actually, bukan saje-saje dia datang rumah.Aku yang minta pertolongan dia untuk siapkan satu poster logo ni.Design dah ade cume aku tak tau nak pakai warna ape and the big problem is aku tak reti guna poster colour.memang agak kuno sikit :P hehehe.Masa dia ajarkan aku cara-cara gune warna air dalam hati ni tak henti-henti memuji..."masyaAllah,masyaAllah,masyaAllah...lawa nyer dia buat"...hehehe.Seriously, memang cantik lukisan aku tu bile dia warnakan.Dalam hati ni meronta-ronta "sambunglah lagi sambung.warnakan jer semua tu" :P memang jahat kan?

Masa dia nak balik tu dia tunggu kakak dia amik so aku temankan dia kat luar.Kakak dia sampai pewww bukan main laju lagi.Ayah aku pun bawak kete kat kwsn rumah pon slow jer.Ini tak,dah macam aku bawak motor kat atas jalan tar jer :D haha.Aku yang menengok pon dah takut.Takut 'peminta rahsia' aku tu cedera ke ape ker *caring plak.nanti takleh message2 lagi huhuhu :'(

Walau apepun, aku puas dengan ape yang telah kitorg buat.dengan semangat kerjasama pastu saling bertukar-tukar idea.aku suka team work yang camtu.

Secret Admire

Posted by Nurul Hazwani at 03:38 0 comments
Assalam n gud evening ols. Secret admire? korang tau ape tu? secret admire mean peminat rahsia.Kalau ada orang bagitau yang aku ade 'peminat rahsia' aku tak kesah dah sebab aku memang dah tau and kenal sangat muka 'peminat rahsia' tu.Tanda aku kenal 'peminat rahsia' aku ialah bile aku jauhkan diri daripada dia.Nanti mesti dia akan terintai-intai atau tercari-cari.hahaha *jahat tak?

Tapi aku suke 'peminat rahsia' yang memang betul-betul berusaha menutup rasa minat dia tu.Tang tu memang aku respect habis la kat hang walaupun dia tau yang aku tahu dia 'peminat rahsia' aku :P

# Kepada semua 'peminat rahsia' Nurul Hazwani,
    Kalau korang nak tau sama ada aku pun suke kat korang ke tak meh sini aku cabar kau jumpa 'Big Bos'
    aku.Cakap dengan dia kau nak nikah dengan aku :D hahaha
 

Nurul Hazwani Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting