Thursday, 19 July 2012

Untuk Peminat Rahsiaku

Posted by Nurul Hazwani at 07:59
Assalamualaikum awak,

Ketika awak membaca post ini ketahuilah bahawa saya sudah mengetahui semua isi hati awak.Saya ni bukanlah sesiapa hanya seorang hamba yang menanti waktu untuk mendapat habuan atas apa yang telah saya lakukan di atas muka bumi ini.

Untuk awak sang 'peminat rahsia' ku,
Ketahuilah ketika awak sedang membaca post ini saya sebenarnya sedang memikirkan cara untuk menghindari daripada berselisih dengan awak sebab saya takut bila kita selalu berselisih awak akan selalu ingatkan saya sehingga awak tidak mahu melakukan ibadah wajib.Sebab saya taknak jadi perosak iman awak.

Untuk awak sang 'peminat rahsia' ku,
Saya tahu setiap hari awak menantikan kiriman SMS dan panggilan telefon daripada saya.Setiap hari awak ingin bertemu dengan saya.Jujur saya katakan memang saya malas nak sms,call dan bertemu dengan awak sebab saya taknak awak lalai.

Untuk awak sang 'peminat rahsia' ku,
Bagi saya awak terlalu sempurna untuk saya.Awak terlalu baik untuk saya.Saya bukanlah seperti apa yang awak sangkakan tapi saya akan cuba jadi yang terbaik.

Untuk awak sang 'peminat rahsia' ku,
Kalau benar awak amat menyayangi saya so saya harap awak diamkan perasaan awak walaupun apepun yang terjadi.Kalau benar awak cintakan saya NIKAHI lah saya.Jadikanlah saya makmum dibelakang awak, orang yang akan sentiasa menenangkan apabila awak lihat wajah saya

NH~

0 comments:

Post a Comment

 

Nurul Hazwani Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting